Peribadi Yahya Sulong

Pak Ya yang sudah empat kali mendirikan rumah tangga dan mempunyai 11 orang anak, enam cucu dan dua cicit itu kini kekal dengan isteri tercinta Datin Alisah Ali.

Selain menjadi anak seni, dia pernah bertugas sebagai anggota keselamatan selepas pentas bangsawan ditutup pada 1948.Untuk meneruskan sumber rezeki, dia menyertai pasukan polis dan bertugas di bahagian skuad hutan.Pak Ya bertugas pada zaman komunis di Balai Polis Ipoh, Perak.